Surau An-Nur Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan yang mula beroperasi serentak dengan penubuhan sekolah pada 2003 merupakan lambang syiar Islam di sekolah ini.
Surau yang menampung kira-kira 600 orang pelajar ini bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadah solat semata-mata tetapi ia juga berfungsi sebagai pusat kegiatan dakwah dan aktiviti bina insan di sekolah ini.
Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur akan dapat melahirkan golongan murid yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan mereka.
---------------------------------------------
Download Apps Sujood untuk:
1. Jimatkan Masa:
Luangkan masa anda untuk perkara yang benar-benar penting. Akses sejarah transaksi anda dengan mudah dalam apps Sujood, jimat masa & mudahkan urusan sedekah anda.